Friday, September 28, 2012

Assalamualaikum & Selamat Tinggal :')

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, ini adalah post terakhir untuk blog ini kerana saya akan delete blog ini atas sebab sebab tertentu :) Mungkin hobby blogging saya selama 3 - 4 tahun ni akan ditamatkan sampai di sini sahaja. Lepas ni dah tak blogging saya rasa, maybe tulis dalam diary macam zaman muda muda dulu ? hehe. Comel apaa. Oleh yang demikian, saya ingin memohon maaf atas kekasaran bahasa saya yang menyakitkan hati pembaca blog saya, mungkin cerita cerita yang saya kongsikan selama ini menyakitkan hati anda, saya mohon maaf, mungkin juga ada umpatan, tohmahan atau cacian, kejian, fitnah yang saya lemparkan dalam blog ini. Saya minta maaf. Tujuan blog ini diwujudkan sebenarnya saya ingin berkongsi pahit manis hidup saya, tapi saya rasa saya nak lebih privacy pula sekarang. Hmm,harap anda semua mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya di dunia dan di akhirat, insyaAllah :') Yang buruk datang daripada saya dan yang baik daripada Allah. Assalamualaikum.

Salam Sayang,
SYARAFANA RAZAK

1 comment:

Post a Comment